Sunday, 27 June 2021

Be careful what you wish for

 Haha...seronok pulok tengok statistik blog ni...tak dok ore visit. Now I can write benda merapulah dalam ni hahaha...

Whatever...

I noticed semenjak dua menjak ni some of my wishes really come true...

Well, maybe not 100% in the form that I wished but somehow it's aligned with what I want.

Contohnya, I talked about buah kuini with my kids and my husband the other day. Tup tup my husband's friend beri buah kuini 4 biji. Out of nowhere. Subhanallah.

Then, my daughter was thinking about laksa. Tup tup, today my husband ask me to order laksa untuk dia jamu sahabat dia, at the same time untuk family sendiri lah. 

Then, my daughter juga ada sebut pasal durian. Then, last night ada orang bawak bubur kacang with durian inside. Haiyoh.

And this morning, I was thinking about cheese cake. Tak sampai beberapa jam ada kawan husband bawak kek buah yang sedap (well, not cheese cake but still a cake). 

Syukur sangat-sangat. Itu rezeki yang positif lah. 

Rezeki sakit pun ada juga. I was hooked on this French song called "Je sui malade" which means I am sick. Tak lama lepas tu, memang aku kena sakit gigi dan kena limpahan minyak panas sampai jari kelingking aku till now masih bengkok. Cacat kekal kot tu haha. 

So, itu lah dia. Syukur atas semua rezeki yang Allah beri. Kita terima semuanya. Tak gitu?

One thing for sure, setakat ni rezeki atau wish positive yang aku dapat semuanya berkaitan dengan makanan hahaha. Bab duit belum lagi. Hopefully satu hari dapat lah.

Let's list down lah apa wishes yang aku nak, who knows jika Allah izinkan dapat juga aku merasa. Amiin.

1.  RM1 juta - duit betul bukan duit monopoli. Dari sumber yang bersih. Dalam bentuk duit bukan voucher atau bon atau saham. Dalam akaun aku pun ok jugak. Hehehe. 

2.  Rumah banglo/mansion yang besar muat untuk semua anak-anak aku. Kalau boleh nak ada bilik untuk ayah aku jugak. Nak juga merasa jaga ayah kot. Biar dia selesa. Boleh cari helper untuk bantu aku jaga dia.

3.  My writing or drawing picked up. Boleh aku buat duit dengan aku punya tulisan atau lukisan. Supaya aku boleh ada income aku sendiri dan tak bergantung pada Aziz 100%.

4.  Anak-anak aku semua terjaga dan dilindungi Allah sentiasa. 

5. Kami sekeluarga berada dilorong yang betul, yang diredhai Allah sentiasa. Iman kukuh tanpa goyah. Aamiin.

OK, nanti boleh sambung lagi kot. Wishes tak pernah habis. Lumrah manusia tamak tak hengat huhuhu.

Chiow.

Wednesday, 17 February 2021

All the best to my dear sister

 Baru selesai berwasap dengan kakak sulung. 

She will go for a surgery on the 19th of February, to treat her colon cancer. 

Ya, family aku memang ada sejarah colon cancer. Arwah mak dan abang nombor 2 aku meninggal because of colon cancer. Arwah mak punya cancer merebak sampai paru-paru. Sebab tak detect awal. 

Kakak aku nasib baik dah detect tapi itu pun dah stage 3 dah. Hopefully, bila dah bedah ni ia akan stop merebak. Harap sangat sangat. She is the best sister that I have. Dia yang jaga aku sejak aku kecil pun. Maklum la aku anak yang dah dekat nak bongsu. Depended banyak pada dia. 

Masalah aku cuma satu, aku don't know how to console her. To give her encouraging words. To give her soothing words. Itu memang masalah aku. But I really really hope she knows that I really wish for her to have all the best.

Phewww...lega juga dapat get it off my chest. Well, this is the only way for me to do this anyway.

Moga my sister akan diberi kesembuhan seperti sedia kala dan semua urusan pembedahan dan yang berkaitan akan dipermudahkan. Aamiin.

Chiow....


Tuesday, 16 February 2021

Tahun 2021

Tahun baru....2021

Tahun di mana aku akan mencecah umur 50. Dah separuh abad. 

Tukar tajuk blog, tukar header semua haha. 

Kalau boleh tukar link blog lagi bagus. 

Place for me to do my ramblings. 

Chiow..

Monday, 19 August 2019

Kenangan Silam - Nostalgia

Teks: Wan Rohaniah Wan Abdullah


JEJAK KASIH - DENGAN DIRI SENDIRI

Bila menjejak statistik di blog ni tadi, terlihat nama blog lamaku di situ. Ada orang melawat blog aku yang dulu. Dan kemudian datang ke mari sebab aku dah tulis yang aku akan berpindah ke blog ini.

Terasa ingin lihat kembali pula blog yang dulu.  Aku klik link itu. Dan sampailah aku ke situ.

Ku baca 2, 3 entri yang pernah ku tulis. Kelakar ada, kagum pun ada, hahahaha. Perasan sorang-sorang.

Tak sangka banyak juga yang aku tulis waktu tu. So, I really can call myself a writer. Iyooo lah.


NOSTALGIA - JEJAK KASIH DENGAN SAHABAT

Aku tengok pula senarai blog rakan-rakan yang pernah aku jejaki blog mereka dulu. Wah, panjang juga senarainya.

Aku klik satu persatu. Nostalgia sangat.

Aku lihat hampir semua mereka sudah tidak menulis di blog. Tarikh akhir masing-masing menulis, ada yang pada tahun 2004, ada 2006, ada 2010, ada 2011 dan ada juga yang sudah delete blog mereka barangkali. Sebab dapat mesej "Error".

HARAPAN

Sungguh besar harapan aku. Alangkah bagusnya jika zaman kegemilangan blog suatu ketika dahulu kembali semula. Tentu seronok, kan?

Namun, apakan daya. Media sosial lain yang lebih mendapat perhatian. Tak mengapa, aku akan tetap bersama dengan blog. Walaupun menulis di laman media sosial yang femes itu, tapi blog ini tetap tidak akan aku lupakan.

Moga masih ada juga sahabat yang sudi melawat ku di sini. :)

Apo nak dikato...


Sunday, 4 August 2019

TIGA (3) JENIS HUBUNGAN MANUSIA

Teks: Wan Rohaniah Wan Abdullah
Gambar: carian google (dari medium.com)


Image result for relationship


Dalam hidup kita, sudah pasti tidak dapat lari dari perhubungan, terutama sekali hubungan manusia dengan manusia. Hubungan keluarga, sahabat handai, rakan sekomuniti dan juga dengan masyarakat.  

Ada masa hubungan kita itu lama, menjangkau masa bertahun-tahun. Ada juga yang hanya sebentar cuma. Jumpa di seminar, jumpa di kedai dan kemudian berpisah. 

Ada hubungan yang memberi impak positif, ada juga yang sebaliknya. 


JENIS HUBUNGAN

Menurut pakar motivasi, Lisa Nichols, perhubungan antara manusia boleh dikategorikan kepada 3 jenis. Mari kita lihat jenis hubungan tersebut.

1)  Hubungan seumur hidup
  • hubungan ini adalah di mana ianya kekal sehingga akhir hayat. Mereka yang ada hubungan sebegini dengan kita akan berada bersama kita sehinggalah jasad kita diturunkan ke liang lahad. 
  • Mereka mungkin tidak selalunya bersama 24/7 dengan kita tetapi bila tiba saatnya kita mengucapkan selamat tinggal kepada dunia, mereka inilah yang akan ada bersama-sama.
  • Siapakah mereka? Hanya diri sendiri yang tahu.


2)   Hubungan yang memberi makna dalam hidup kita (life-giving relationship)
  • mereka ini datang selalunya untuk memberi kita peringatan tentang sesuatu, atau untuk mengajar kita sesuatu. 
  • hubungan ini biasanya tidak lama. Ia boleh bertahan dari 1 hari dan paling lama 2 tahun. 
  • mereka ini boleh jadi guru kita, atau sahabat kita atau boleh jadi juga seorang tukang sapu, tukang cuci, dan sesiapa sahaja. 
  • Contoh: 
Pada suatu hari, kita ke pusat membeli belah untuk membeli barang dapur. Sedang sibuk memilih barang dapur, ada seorang mak cik tukang cuci yang sedang mencuci lantai di hadapan satu kedai dalam pusat membeli belah tersebut. Dengan baju yang lusuh, dengan tudung yang senget-benget, dan bau yang kurang menyenangkan, kita lantas memandang makcik tersebut dengan satu perasaan yang semacam. Dalam hati kita berkata-kata "Busuknya makcik ni. Cepat-cepatlah siapkan kerja tu. Kejap lagi aku nak lalu."
Kita pun lalu sebelah makcik tu untuk pergi ke kedai sebelahnya. Tiba-tiba, makcik tersebut memanggil kita "Cik Puan! Cik Puan!" Dalam hati kita berkata lagi "Ah sudah. Nak apa makcik ni. Nak minta tolong lah tu. Tak pun nak minta duit."
Apabila makcik tu datang, kita buat muka tak senang. Sekali, makcik tu hulurkan tangan beliau. Dan dalam tangan beliau ada segumpal duit. "Cik Puan, ni duit cik puan terjatuh tadi. Nasib baik saya ternampak. Dan orang pun belum ramai sangat. Kalau tidak, tak tahu lah apa jadi dengan duit puan ni"
Apa perasaan kita masa tu? Masihkah kita merasa jengkel dengan makcik itu? Duit kita banyak pula tu yang jatuh. Dan bila kita kira balik, tak ada hilang satu sen pun. 
Maka, sedarlah kita, jangan terus menghukum seseorang hanya dari luaran sahaja. Walaupun makcik itu miskin dan busuk, tetapi dia jujur. 
Ini lah maksudnya hubungan yang memberi makna itu. Dia hadir untuk menyedarkan kita. Memberi pengajaran. Belajar sesuatu. Dan hadirnya sekejap aje. Tak sampai satu hari pun.  Boleh faham kan?

3)   Hubungan untuk memenuhi tujuan (purposeful relationship)
  • merupakan hubungan yang paling kelam kabut
  • hampir 80% daripada manusia berada di dalam hubungan sebegini
  • hubungan ini berlaku apabila dua atau lebih orang hidup/duduk bersama untuk melakukan sesuatu tujuan bersama-sama. Juga untuk belajar sesuatu bersama-sama. Contoh: untuk membina satu perniagaan (business partner)
  • selagi tujuan tidak tercapai, selagi itu hubungan ini akan kukuh.
  • Apabila tujuan sudah dicapai, maka hubungan ini akan berubah. Terpulang kepada yang terlibat sama ada untuk kekal meneruskan hubungan ini atau tidak.
  • Jika memilih untuk kekal, maka perlu diberi definisi baru atau cari tujuan yang baru.
  • Ada yang memilih untuk memutuskannya. Jika ini berlaku, ketahuilah yang ia berlaku kerana tujuannya sudah dicapai. 
  • Ia menjadi kacau bilau apabila ada pihak yang tetap ingin mengekalkan tujuan yang telah tercapai tanpa memberi nafas baru kepada tujuan tersebut. 
  • Dalam contoh membina perniagaan tadi, apabila perniagaan sudah maju, duit masuk berjuta-juta, jadi waktu itu tujuan asal sudah tercapai. Maka hubungan itu akan menjadi bosan jika masih ingin diteruskan seperti itu. Jadi tidak hairanlah jika business partner kita tiba-tiba ingin beralih arah dan pergi membuka perniagaan dengan orang lain pula. 

REFLEKSI

Itu lah tiga hubungan yang ada dalam kehidupan kita. Cuba kita perhatikan diri kita sendiri. Kenalpasti hubungan yang ada di sekeliling kita. 

Jika kita faham kenapa satu satu hubungan itu berlaku sedemikian rupa, kita akan lebih bersedia, lebih redha untuk menerima apa jua keadaan yang datang.  

Mungkin pasangan kita meninggalkan kita kerana tujuan dia untuk bersama kita sudah tercapai. Apa tujuannya? Hanya dia yang tahu. 

Namun, apa jua hubungan yang ada, hanya satu hubungan yang akan kekal sampai bila-bila. Iaitu hubungan kita dengan Sang Pencipta. Dan hubungan ini lah yang paling perlu kita jaga. Dalam apa saja keadaan sekalipun. Setuju?

Wallahuallam bissawab.