Gambar: simpanan peribadi
Tahukah anda:
Sayur-sayuran yang kita makan
terbahagi kepada dua kumpulan iaitu:
1 Yang mengandungi
kandungan air yang tinggi dan kandungan gula yang rendah
-
Antara sayur yang berada dalam kumpulan ini
adalah:
o
Bayam,
salad lettuce, asparagus, timun, kobis, daun saderi, brokoli, cendawan dan
bunga kobis
2 Yang mempunyai
kandungan air yang rendah dan kandungan gula yang tinggi
-
Sayuran
yang di dalam kumpulan ini pula adalah:
o
Carrot,
kacang pea, jagung, kentang.
-
Orang
kencing manis seeloknya mengurangkan pengambilan sayuran dalam kumpulan ini dan
lebihkan dalam kumpulan yang satu lagi.
Minuman
Kita.
Perhatikan juga minuman yang
kita minum setiap hari selain dari air biasa. Kita sering menganggap jus buah
adalah bagus berbanding dengan air lain tetapi sebenarnya jus buah yang
diproses seperti yang kita lihat banyak terjual di pasaraya-pasaraya tidaklah
sebagus yang kita sangkakan. Kerana ianya telah diproses sedemikian rupa khasiatnya
adalah seolah-olah seperti kita minum air biasa yang dicampur dengan gula
sahaja. Dengan kata lain, tiada khasiat lansung. Jika kita memang pentingkan
kesihatan dan inginkan vitamin tetapi daripada air buah, perah sendiri akan
mengekalkan vitamin pada buah tersebut.
Begitu juga dengan sebarang
soda yang kita minum, termasuklah diet soda. Ianya adalah seperti minum air
yang dicampur dengan 10 sudu gula, belum diambil kira pewarna dan asid fosforik
yang diletakkan untuk menghasilkan buih. Terlalu banyak mengambil soda boleh
menyebabkan gigi mereput dan meninggikan risiko osteoporosis.
Perihal
Minyak Masak
Untuk mengetahui minyak masak yang bagus adalah
dengan melihat jenis lemak yang terhasil daripadanya.
Kategori lemak terbahagi kepada 3 iaitu:
1) Lemak poli tak tepu
2) Lemak mono tak tepu
3) Lemak tepu
Kebanyakan minyak masak yang ada dipasaran
mengandungi minyak poli tak tepu yang boleh menyebabkan keradangan di dalam
badan. Ini berlaku selepas ia bertindakbalas dengan haba dalam badan kita.
Inilah punca segala masalah dalaman yang kita alami seperti sakit jantung,
diabetes dan sebagainya.
Minyak yang paling bagus setakat ini adalah minyak
dengan lemak tepu yang dihasilkan daripada kelapa dan kelapa sawit. Minyak
zaitun mengandungi lemak mono tak tepu, maka ia juga boleh dikatakan bagus.
Sentiasa ingat, kita adalah apa yang kita makan. :)

No comments:
Post a Comment