Sedikit perkongsian hasil bacaan mengenai tujuh prinsip untuk berjaya. :D
Untuk
berjaya bukan mudah….selain daripada perancangan, kita perlu ada
prinsip-prinsip tersendiri yang boleh digunapakai apabila menemui jalan buntu.
Antara contoh prinsip yang boleh dijadikan ikutan adalah:
1. Percaya kepada diri sendiri – iaitu percaya bahawa kita adalah makhluk atau insan yang unik,
berbeza dari orang lain. Keunikan kita itulah yang menjadi kekuatan bagi kita
untuk meneruskan kehidupan dan mencapai matlamat sehingga berjaya. Jika rasa
ada kelemahan, mungkin kelemahan itu juga boleh menjadi sesuatu yang berguna
kepada kita satu masa nanti. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa
hadapan, oleh itu setiap kelemahan kita pandanglah ia sebagai sesuatu yang
positif.
2. Bekerja bersungguh-sungguh – setiap pekerjaan yang
kita lakukan, lakukan yang terbaik dan bersungguh-sungguh. Berdisiplin dan
boleh dipercayai.
3.
Berani mengambil risiko – mesti berani mencuba sesuatu
yang baru. Be out of the box. Jika tidak mencuba, kita tidak akan tahu sama ada
kita boleh berjaya atau tidak. Lebih baik salah kerana mencuba daripada salah
kerana berdiam diri tanpa membuat apa-apa.
4.
Sentiasa berfikiran terbuka – terbuka kepada perubahan dan perkara-perkara yang baru. Ikutlah
arus semasa.
5.
Ketahui kekangan anda – jangan takut mengatakan “tidak” kepada perkara yang memang kita
tahu kita tak akan dapat lakukannya. Jangan cuba memuaskan hati semua orang
kerana kita tidak akan dapat melakukannya. Di dalam setiap apa yang kita
lakukan, pasti akan ada penyokong dan juga penentang. Maka kita harus sedari
semua itu.
6.
Layan orang lain dengan hormat dan
baik – sememangnya apa-apa agama pun pasti akan
menyarankan perkara sebegini. Berbuat baiklah kepada semua orang tidak mengira
pangkat, darjat dan apa-apa pun. Setiap orang ingin dihormati dan dilayan
dengan baik, tiada orang yang suka dilayan sambil lewa. Sebagaimana kita ingin
diperlakukan, lakukanlah kepada orang lain juga.
7. Jangan berhenti berimpian – setiap dari kita pasti
ada impian. Jangan cepat menyerah kalah sekiranya impian kita itu nampaknya
perlahan untuk direalisasikan. Mungkin ia memerlukan lebih masa dan usaha. Maka
jangan sekali-sekali menyerah kalah dengan mudah.
thanks for the tips Kak Wan :-)
ReplyDelete