Semenjak menulis berkenaan tabiat ni, banyak pula dapat artikel, email dan pepatah yang berkaitan dengan tabiat. Yang terbaru hari tu ada ditulis "Change your ritual (habit), change your life", dan ada katun yang dilukis tentang bagaimana bertukarnya tabiat seseorang itu telah dapat merubah hidupnya daripada menjadi seorang yang pemalas dan tidak disukai ketua dan rakan sekerja kepada seorang yang disenangi dan dicalonkan untuk kenaikan pangkat.
Memang besar akibatnya bila kita menukar tabiat kita. Sebab itulah Stephen Covey pun menulis mengenai tabiat dalam bukunya "7 Habits of Highly Effective People". Dan itu adalah tujuh tabiat yang sama yang dapat dilihat ada pada semua orang-orang yang berjaya, mengikut kajian beliau. Sebenarnya banyak lagi tabiat yang ada pada orang-orang yang berjaya ni tetapi mungkin lebih spesifik kepada keadaan kehidupan seseorang itu seperti tempat tinggal, pekerjaan, demografi dan lain-lain lagi.
Untuk kaedah menukar tabiat yang ke tiga dalam kaedah FPF, apa yang diperlukan untuk kita menukar tabiat kita adalah FOKUS. Memang fokus adalah penting. Jika kita tidak fokus, kita pun seakan tidak tahu apa yang kita buat sebenarnya. Sekadar buat semata-mata.
Kita ambil contoh Solat. Untuk khusyuk solat, kita perlu fokuskan minda dan seluruh fizikal kita dalam melakukan solat tersebut, betul tak? Fokus pada makna setiap bacaan, fokus pada makna setiap pergerakan. Barulah kita dapat rasai kelazatan khusyuk dalam solat. Kalau tak fokus, apa jadi? Tersalah bacaan lah, terlupa dah ruku' ke belum lah dan macam-macam lagi. Pernah terjadi tak? Huhuhu, saya menulis menerusi pengalaman sendiri. Sedih juga rasanya bila kenangkan.
Masih banyak yang boleh dihuraikan mengenai fokus ni. Akan saya selitkan di dalam entri-entri yang akan datang.
Secara keseluruhannya, di dalam kita ingin mengubah sesuatu tabiat kita, kaedahnya boleh dirangkumkan sebagai:
1 - Fikir apa tabiat yang ingin kita amalkan. Fikir dan fikir dan fikir. Bukan fikir dan biarkan.
2 - Permudahkan caranya. Cuba cari cara bagaimana untuk permudahkan dan jadikannya menarik.
3 - Fokus. Hadirkan diri. Jangan merewang ketika melakukannya.
Tak susah pun kan? :)
Ia jadi susah apabila tiada disiplin diri. Dah masuk cerita lain pula. Kita sambung kemudian lah.
No comments:
Post a Comment