Sebuah kisah mengenai seorang tentera yang akhirnya akan
pulang ke rumah setelah berperang di Vietnam. Beliau menelefon ibu bapanya dari
San Fransisco. Katanya “Ibu,ayah, saya akan pulang tetapi ada satu permohonan
yang ingin saya minta dari ibu dan ayah. Saya ingin membawa pulang bersama saya
seorang rakan, boleh?”
Ibu dan ayah beliau berkata “Sudah tentu boleh. Kami juga
ingin berjumpa dengannya.”
Tentera tersebut berkata lagi “Ada satu perkara yang ibu
dan ayah perlu tahu. Rakan saya ini telah tercedera semasa peperangan itu.
Beliau telah terpijak periuk api dan kehilangan sebelah tangan dan kaki. Dia
tiada tempat untuk tinggal jadi saya ingin bawa dia pulang untuk tinggal dengan
kita”
“Kesiannya. Mungkin kita boleh tolong carikan tempat
tinggal untuk dia” kata ayahnya.
“Tidak ayah, saya mahu dia tinggal dengan kita”, kata
tentera tersebut.
“Anakku, kau tidak tahu apa yang kau minta. Hidup kita
pun bukan senang sangat. Dan seseorang yang cacat sedemikian akan memberikan
bebanan kepada kita. Kita tidak boleh jadikan perkara sebegini mengganggu
kehidupan kita. Baik kamu lupakan sahaja tentang rakan kamu ini dan ayah pasti
dia akan dapat cari tempat untuk dia tinggal dengan sendiri”
Mendengarkan itu, tentera tersebut meletakkan telefon.
Selang beberapa hari selepas itu, ibu bapa tadi mendapat khabar berita bahawa
anak mereka sudah meninggal dunia di San Francisco setelah terjatuh dari satu
bangunan yang tinggi. Pihak polis percaya yang itu adalah kejadian bunuh diri.
Ibu dan bapa tadi pergi ke San Francisco untuk
mengenalpasti jenazah anak mereka. Mereka memang mengecamnya tetapi alangkah
terkejutnya mereka bila mendapati anak mereka hanya mempunyai satu tangan dan
satu kaki sahaja.
Sedihnya...
ReplyDeleteMemberi pengajaran :(
DeleteSedih, rupanye yg cacat tu anak diaorg sndri.....;-(
ReplyDeleteItu lah kan? Mengajar kita untuk tidak cepat menolak buat baik tanpa berfikir terlebih dahulu.
DeleteThis comment has been removed by the author.
Delete