Teks: Wan Rohaniah Wan Abdullah
Imej: Carian google
Pembangunan kendiri yang ke empat (4) yang cuba saya buat sebanyak mungkin adalah
SHARE WHAT YOU KNOW
Memang dari dulu suka je kongsi apa yang saya pelajari, apa yang saya baca dan sebagainya cuma tak dibuat dengan kerap. Bila ada orang tanya baru saya kongsi.
Sebabnya adalah saya selalu merasakan tak ada orang pun yang nak tahu apa yang saya tahu ni. Hehehe. Satu mindset yang tak patut ada. Mungkin juga ada sedikit masalah rendah diri.
Ya, saya seorang yang "introvert". Tak suka tonjolkan diri. Kalau boleh nak jadi anonymous sentiasa tapi suka menulis dan suka berkongsi. Hmmm...Memang confusing kan? Haha.
Apa pun, mulai sekarang akan saya gunakan platform blog ini untuk berkongsi apa yang saya pelajari, yang saya tahu, yang saya buat dan seumpamanya.
Jika ianya bermanfaat untuk sesiapa sahaja yang membaca blog ini atau terjumpa blog ini, syukur alhamdulillah. Jika tidak, anak-anak saya ada untuk membacanya hehe.
Perjalanan pembangunan kendiri diri sendiri ni pun salah satu pengetahuan yang sedang saya kongsikan, betul tak?
JOM KITA LAKUKAN AJE!!

No comments:
Post a Comment