Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke 5 sejak saya memulakan bangun untuk solat Tahajjud. Banyak jugak cabaran terutama untuk tidur awal, seawal pukul 9:00 malam, memang tak dapat lagi lah setakat ni hehehe. Ye lah, kita dah biasa tidur pukul 12:00, pukul 1:00 nak ubah bukannya senang. Tapi alhamdulillah lah, sekurang-kurangnya lebih awal dari biasa. Pukul 10:30 tu dah sedia untuk landing dah hahaha.
Apa yang buat saya terharu adalah, walaupun saya tidur lambat, tapi tetap juga secara automatiknya saya akan terbangun sama ada pukul 3:00 atau pukul 4:00. Jadi masih lagi sempat untuk saya lakukan solat tersebut. Kalau tak tersedar sendiri, pasti saya akan dengar alarm henfon saya. Kalau sebelum ni, alarm henfon tu susah bebeno saya nak dengar huhu. Syukur dan terharu. Allah dengar hasrat saya setiap kali sebelum tidur untuk bangun jugak solat.
Malam tadi sempat juga buka jurnal/diary lama. Dan terkesima sekejap bila tengok antara impian yang saya tulis saya nak capai pada tahun 2016 adalah untuk bangun solat Tahajjud. Allahuakbar. Akhirnya impian saya tu dapat dicapai juga tahun ni. Selepas 3 tahun. Kalau dulu cuba sendiri-sendiri tapi tak menjadi, tahun ni dengan asbab bantuan circle yang saya ceritakan dalam post sebelum ni, dapat saya buat. Dan alhamdulillah, masih boleh istiqamah setakat hari ni. Moga terus istiqamah sehingga akhir hayat. Amiin.
Apa yang saya suka bila bangun solat Tahajjud ni, lepas solat kita boleh duduk dan muhasabah. Satu tabiat yang sebenarnya saya selalu buat iaitu
COMMUNICATE WITH YOUR INNER SELF
Cakap pada diri sendiri. Monolog secara senyap. Ada masanya terkeluar suara jugak. Tapi selalunya keluar suara tu masa tengah driving sorang-sorang lah, Tak de orang dengar hehehe. Risau jugak nanti orang ingat saya tak betul atas kepala kalau tengok saya cakap sorang-sorang hahahaha. Dan ini lah "me time" yang paling seronok sebenarnya. Cakap pasal "me time" ni, ada idea nak tulis kat facebook pulak ni haha. OK lah, off for now.
JOM KITA BUAT!!
No comments:
Post a Comment