Teks: Wan Rohaniah Wan Abdullah
Imej: carian google
"Saya rasa saya nak jadi penulis lah. Tapi saya tak tahu kat mana nak mula, dan nak buat macamana"
Setiap kita ada rasa nak jadi sesuatu, jadi seseorang dan sebagainya, kan? Apa tindakan kita untuk jadi apa yang kita inginkan itu? Adakah kita hanya sekadar berimpian sahaja? Atau mungkin menulis impian tersebut di dalam journal atau diary. Tak pun dibiarkan sahaja dalam minda tanpa melakukan apa-apa. Dan mungkin juga terfikir "Tak apa, nanti akan aku buat satu hari nanti." Ya, itu lah saya. Semua yang saya tulis tu, itu lah saya huhuhu.
Tetapi, beberapa minggu yang lepas, sesuatu telah berlaku dalam kehidupan yang menyebabkan saya berfikir dan merasa "Oh, cukup cukup lah jadi macam ni. Aku perlu buat sesuatu dan fokus". Dan bila terdetik sahaja perasaan itu, peluang ditunjukkan di depan mata. Ya, Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Dia tahu saya memang betul betul ingin lakukannya kali ini. Bukan seperti sebelum ini.
Namun, peluang itu tidak dapat dicapai dengan senang juga. Ada halangan dari segi kewangan. Tetapi dalam hati saya tetap tidak goyah dan menyatakan "Aku redha jika aku tidak dapat mengambil peluang itu kerana hanya Kau yang tahu apa yang baik untuk aku". Tiba-tiba masalah kewangan tersebut selesai dan saya dapat mengambil peluang tersebut. Waktu itu, rasa nak menangis pun ada. Betapa sayangnya Allah kepada hambaNya. Hanya kita je yang tak tau bersyukur dan tak pernah mendahulukanNya dalam apa jua perkara yang kita lakukan. Itu lah aku juga huhuhu.
Maka, satu lagi habit yang saya dapat dari peristiwa ini adalah
BE A DOER
Jangan hanya fikir, buat. Jangan hanya cakap, buat. Selagi terdaya, buat aje. Itu lah yang jadi tagline saya sejak entri pertama di tahun 2019 ini. Hehehe. Saya akan cuba sedaya upaya untuk melaksanakan tagline tersebut untuk apa sahaja perkara dan memang saya nampak, bila kita mula melaksanakan langkah pertama, langkah yang seterusnya dinampakkan jalannya. Cuma tinggal kita sahaja untuk teruskan atau berhenti. Dan saya tahu, ujian dan halangan tetap akan ada. Nak tengok, seteguh mana keinginan kita itu. Moga dapat bertahan hingga ke hujungnya. Amiin.
JOM BUAT AJE!!