Lama
sungguh tak menulis di blog.
Kekangan masa dan tugas dan macam-macam alasan yang boleh dibuat sendiri. Sendiri mau ingatlah.
Kekangan masa dan tugas dan macam-macam alasan yang boleh dibuat sendiri. Sendiri mau ingatlah.
Tiba-tiba tahun ni datang
rasa nak menulis kembali di blog. Moga diberi ketahanan untuk konsisten menulis
walaupun sepotong ayat.
Di usia yang semakin
senja ni, dah tak ada apa yang boleh ditinggalkan selain dari tulisan. Sesuai
dengan tajuk blog, akan fokus kepada pembangunan kendiri.
KONSEP KENDIRI
Sebenarnya, konsep kendiri
ni apa ya? Kalau dicari di dalam kamus dewan, memang tiada definisi. Tetapi
bila di google, ini yang diperolehi
“Konsep kendiri merupakan
penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia menganggap tentang dirinya
secara positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri seseorang juga
menerima penilaian daripada orang lain. Hal ini meliputi persepsi tentang diri
dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan tentang kebolehannya
meliputi keyakinan dan harga dirinya”
---(dari laman web Wikipedia)
Kalau ikut kata Carl
Rogers (1950) pula, konsep kendiri ni adalah satu gambaran persepsi kita tentang
ciri-ciri dan kebolehan kita. Juga merupakan persepsi dan konsep kendiri
berbanding dengan orang lain dan persekitarannya.
Senang cerita, setiap kita
ni mesti ada rasa ingin membuat perubahan, sama ada pada diri sendiri ataupun
pada orang lain. Yang paling senang adalah ubah diri sendiri. Ye ke?
Hehehe..lagi sekali, sendiri mau ingat lah. Nak ubah orang lain memang tak
mudah, bukan tak boleh, boleh je tapi perlu persetujuan mereka sendiri. Kalau diri
sendiri nak setuju apa lagi nya, buat aje lah.
Jadi, tujuan tulisan di
blog ni nanti adalah untuk membuat perubahan kepada diri sendiri. Boleh
dikatakan untuk saya rekodkan perjalanan atau proses untuk saya ubah diri saya.
Walaupun usia dah nak masuk separuh abad, selagi dikurniakan nyawa dari Allah,
masih ada ruang untuk saya perbaiki diri sendiri. Untuk mendapat keredhaan dariNya.
Dan semoga proses ini akan dapat diikuti oleh anak-anak saya juga nanti. Ye
lah, elokkan diri sendiri dan keluarga dulu sebelum nak elokkan orang lain. Betul
tak?
Panjang juga celoteh
untuk permulaan ni. Berhenti di sini dulu, nanti sambung lagi. Sebab ikut kata
seorang blogger popular di negara Barat sana (dah lupa namanya), nak dipanggil blogger,
blog perlu lah sentiasa di update. Sekurang-kurangnya ada dekat 1000 entri
barulah boleh dipanggil blogger tegar. Mudah-mudahan dapat bertahan, in sya
Allah.
JOM LAKUKAN AJE!!
Teks: Wan Rohaniah Wan Abdullah
Imej: carian google (https://www.happynewyear2019n.com)
Imej: carian google (https://www.happynewyear2019n.com)
No comments:
Post a Comment