Banyak sebenarnya matlamat untuk perkembangan kendiri yang boleh kita buat. Saya pernah terbaca satu artikel yang menyenaraikan matlamat untuk satu tahun, sehari satu matlamat. Jadi kalau setahun, ada 365 matlamat yang boleh kita cuba capai.
Hari tu matlamat saya adalah untuk banyakkan membaca. Yang itu memang dah pun terlaksana. Sekarang, matlamat yang kedua pula iaitu
LEARN SOMETHING NEW (KNOWLEDGE, SKILL ETC)
Sebagai seorang suri rumah, peluang untuk saya belajar sesuatu yang baru mungkin tidak selalu saya perolehi kerana saya lebih banyak berada di rumah. Namun begitu, dunia sekarang ni memang penuh dengan teknologi terkini dan baru. Maka, peluang boleh saja datang depan mata jika kita mencarinya.
Terbaru, saya berpeluang untuk belajar mengenai kerjaya sebagai seorang penulis upahan atau nama glamournya "ghostwriter". Masuk kelas online untuk 2 hari bersama guru Nordianah Bachok, seorang ghostwriter yang berpengalaman. Diberi nota dan tugasan, sekurang-kurangnya saya dapat mengetahui lebih mendalam mengenai apa yang boleh dibuat oleh seorang ghostwriter. Dan pada pendapat saya, sebagai seorang yang suka menulis, suka juga membaca dan mempunyai masa terluang setelah selesai semua tugasan di rumah, kerjaya sebagai ghostwriter ini sesuai untuk saya. Jadi, boleh lah saya mempelajari lebih lagi mengenai kerjaya ghostwriter ni.
Memandangkan kerjaya ini boleh dilakukan secara freelance, maka tak perlu lah saya hadiri temuduga kerja semua tu. Saya boleh je terus lantik diri saya sebagai seorang ghostwriter, tak gitu? Sekarang ni, harapan saya adalah orang lain juga tahu tentang kerjaya saya ini dan sudi mendapatkan khidmat saya nanti. Mudah-mudahan Allah kurniakan rezeki tersebut, amiin. Tugas utama saya sekarang cuma untuk pastikan ramai orang tahu mengenai kerjaya saya ini. :) Hmmm...satu lagi ilmu yang perlu saya tahu lah ni iaitu ilmu pemasaran atau marketing. Waaah....memang akan sentiasa berkembanglah matlamat yang satu ini hehehe.
JOM LAKUKAN AJE!!
No comments:
Post a Comment